Saturday 9 March 2013

Motif Dan Corak Tatu




Tatu yang dicacah pada orang iban mempunyai motif yang tersendiri. Setiap corak yang terukir membawa maksud yang tersendiri dan tidak dicacah tanpa maksud tujuan paenghasilan tatu tersebut. Motif dan corak tatu orang Iban adalah banyak dipengaruhi oleh bentuk haiwan mitos , alam semula jadi dan corak flora seperti daun . Corak berdaun ini dibuat untuk tujuan menyamar dalam hutan semasa peperangan antara puak . Contoh corak tatu yang cacah biasanya merupakan corak naga , burung enggang dan anjing syaitan . Motif-motif dan corak-corak tatu kebanyakannya berdasarkan haiwan mitos dan haiwan yang telah menolong mereka dalam waktu kesusahan atau pun di waktu senang . Kebanyakan bentuk dan gaya tatu dalam kalangan orang Iban hampir sama tetapi telah banyak berkembang dari segi saiz tatu , gaya tatu dan yang paling nyata ialah banyak dipengaruhi oleh tempat atau kawasan mereka tinggal. Antara corak tatu yang terkenal dalam masyarakat orang iban ialah:

1.      Corak kelingai
Ø  Corak ini bersempena dengan nama pahlawan agung Iban,Keling sangat banyak mempengaruhi corak tatu kerana pesanannya kepada orang Iban, corak sesuatu tatu tidak boleh dibuat sembarangan kerana perlu ada maksud dan tujuannya.

2.      Corak bunga terung
Ø  Corak ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang empunyai tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yan besar dalam sesebuah keluarga. Tatu ini akan memberi kekuatan kepada bahu kerana dipercayai segala aktiviti dan beban yang berat akan dipikul pada bahu. Di tengah ‘bungai terung’ pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan ‘ mantera wheel’ bagi mereka yang mengembara.


3.      Corak tegelu
                 
Ø  Tatu ini dicacah pada bahagian lengan dan disertakan dengan corak perut naga yang berbeza-bea bergantungkepada mimpi yang dialaminya .Tatu ini membawa erti kekuatan pada bahagian belakang ketam untuk melindungi diri dari semangat jahat, pisau dan juga manusia. Pada masa dahulu mereka yang mencacah tatu ini telah meletakan ilmu sihir di dalam dakwat untuk melindungi diri daripada pisau yang tajam kerana ilmu sihir merupakan budaya lama orang Iban dan terdapat banyak kepercayaan bahawa terdapat semangat yang akan membantu pemilik tatu tersebut. Hanya segelintir sahaja yang ingin membuat tatu ini setelah berburu. Hal ini kerana mereka yang memiliki tatu tegelu ini akan diuji dengan ilmu hitam apabila melawat kampung lain . Sekiranya orang yang mempunyai ‘tegelu ‘ tidak ada azimat pelindung diri yang kuat dari orang yang menguji maka beliau akan memuntahkan darah atau sakit . Namun demikian , ramai yang masih masih mencacah tatu ‘ tegelu ‘ pada belakang tangan , kerana mereka percaya mereka telah menjadi lebih kuat dan kebal . Mereka juga percaya yang bahawa mereka telah mendapat perlindungan yang sepenuhnya hasil daripada aktiviti pemburuan kepala . Setelah balik daripada memburu kepala orang Iban pada zaman dahulu akan meraikanya dalam satu perayaan besar-besaran dimana penduduk-penduduk kampung yang berdekatan akan dijemput tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak . Perayaan ini dikenali sebagai “ Gawai encabuh arung “.


4.      Corak pada kerongkong
Ø  Tujuan tatu ini dibuat adalah untuk melambangkan perkembangan dari satu status orang biasa kepada status orang yang dihormati . Antara orang –orang yang berstatus perlu dihormati ialah ketua kampung , pahlawan – pahlawan yang sudah berburu dan bomoh-bomoh . Dalam penelitian corak tatu tersebut terdapat gambaran seekor ikan yang kelihatan berenang ke hulu sungai dan bertukar menjadi naga atau naga berkepala dua . Ini bermakna perkembangan status pada seseorang kerana bahagian kerongkong merupakan bahagian yang paling sukar dicacah tatu dan ini dipercayai menguatkan semangat orang yang dicacah tatu.

Terdapat juga corak-corak lain yang dimliki oleh orang iban dan menjadi amalan mereka. Contohnya tatu yang berunsurkan rohaniah dan keagamaan. Antaranya ukiran tumbuhan, haiwan, barangan atau manusia. Corak-corak ini dipercayai berkait rapat dengan unsur-unsur sembuh dan perlindungan yang dapat melindungi suku kaum Iban daripada roh-roh jahat, musuh, kecelakaan dan penyakit.Selain kepercayaan-kepercayaan tersebut, amalan menatu juga dilakukan sebagai upacara inisiasi di kalangan orang Iban dan berfungsi sebagai elemen kecantikan yang mustahak bagi wanita Iban. Antaranya,


*      Tatu buah engkabang rarah
*      Tatu kenyalang
*      Tatu naga
*      Tatu anjing
*      Tatu kala
*      Tatu baling
*      Tatu tengkorak
*      Tatu gelang
*      Tatu perempuan



No comments:

Post a Comment