Tatu
yang dicacah pada orang iban mempunyai motif yang tersendiri. Setiap corak yang
terukir membawa maksud yang tersendiri dan tidak dicacah tanpa maksud tujuan
paenghasilan tatu tersebut. Motif dan corak tatu orang Iban adalah banyak
dipengaruhi oleh bentuk haiwan mitos , alam semula jadi dan corak flora seperti
daun . Corak berdaun ini dibuat untuk tujuan menyamar dalam hutan semasa
peperangan antara puak . Contoh corak tatu yang cacah biasanya merupakan corak
naga , burung enggang dan anjing syaitan . Motif-motif dan corak-corak tatu
kebanyakannya berdasarkan haiwan mitos dan haiwan yang telah menolong mereka
dalam waktu kesusahan atau pun di waktu senang . Kebanyakan bentuk dan gaya
tatu dalam kalangan orang Iban hampir sama tetapi telah banyak berkembang dari
segi saiz tatu , gaya tatu dan yang paling nyata ialah banyak dipengaruhi oleh
tempat atau kawasan mereka tinggal. Antara corak tatu yang terkenal dalam
masyarakat orang iban ialah:
1. Corak kelingai
Ø Corak
ini bersempena dengan nama pahlawan agung Iban,Keling sangat banyak
mempengaruhi corak tatu kerana pesanannya kepada orang Iban, corak sesuatu tatu
tidak boleh dibuat sembarangan kerana perlu ada maksud dan tujuannya.
2. Corak bunga terung
Ø Corak
ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya
orang lelaki yang empunyai tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yan
besar dalam sesebuah keluarga. Tatu ini akan memberi kekuatan kepada bahu
kerana dipercayai segala aktiviti dan beban yang berat akan dipikul pada bahu.
Di tengah ‘bungai terung’ pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup
baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan
‘ mantera wheel’ bagi mereka yang mengembara.
3. Corak tegelu
Ø Tatu
ini dicacah pada bahagian lengan dan disertakan dengan corak perut naga yang
berbeza-bea bergantungkepada mimpi yang dialaminya .Tatu ini membawa erti
kekuatan pada bahagian belakang ketam untuk melindungi diri dari semangat
jahat, pisau dan juga manusia. Pada masa dahulu mereka yang mencacah tatu ini
telah meletakan ilmu sihir di dalam dakwat untuk melindungi diri daripada pisau
yang tajam kerana ilmu sihir merupakan budaya lama orang Iban dan terdapat
banyak kepercayaan bahawa terdapat semangat yang akan membantu pemilik tatu
tersebut. Hanya segelintir sahaja yang ingin membuat tatu ini setelah berburu.
Hal ini kerana mereka yang memiliki tatu tegelu ini akan diuji dengan ilmu
hitam apabila melawat kampung lain . Sekiranya orang yang mempunyai ‘tegelu ‘
tidak ada azimat pelindung diri yang kuat dari orang yang menguji maka beliau
akan memuntahkan darah atau sakit . Namun demikian , ramai yang masih masih
mencacah tatu ‘ tegelu ‘ pada belakang tangan , kerana mereka percaya mereka
telah menjadi lebih kuat dan kebal . Mereka juga percaya yang bahawa mereka
telah mendapat perlindungan yang sepenuhnya hasil daripada aktiviti pemburuan
kepala . Setelah balik daripada memburu kepala orang Iban pada zaman dahulu
akan meraikanya dalam satu perayaan besar-besaran dimana penduduk-penduduk
kampung yang berdekatan akan dijemput tidak kira orang dewasa ataupun
kanak-kanak . Perayaan ini dikenali sebagai “ Gawai encabuh arung “.
4. Corak pada kerongkong
Ø Tujuan
tatu ini dibuat adalah untuk melambangkan perkembangan dari satu status orang
biasa kepada status orang yang dihormati . Antara orang –orang yang berstatus
perlu dihormati ialah ketua kampung , pahlawan – pahlawan yang sudah berburu
dan bomoh-bomoh . Dalam penelitian corak tatu tersebut terdapat gambaran seekor
ikan yang kelihatan berenang ke hulu sungai dan bertukar menjadi naga atau naga
berkepala dua . Ini bermakna perkembangan status pada seseorang kerana bahagian
kerongkong merupakan bahagian yang paling sukar dicacah tatu dan ini dipercayai
menguatkan semangat orang yang dicacah tatu.
Terdapat
juga corak-corak lain yang dimliki oleh orang iban dan menjadi amalan mereka.
Contohnya tatu yang berunsurkan rohaniah dan keagamaan. Antaranya ukiran
tumbuhan, haiwan, barangan atau manusia. Corak-corak ini dipercayai berkait
rapat dengan unsur-unsur sembuh dan perlindungan yang dapat melindungi suku
kaum Iban daripada roh-roh jahat, musuh, kecelakaan dan penyakit.Selain
kepercayaan-kepercayaan tersebut, amalan menatu juga dilakukan sebagai upacara
inisiasi di kalangan orang Iban dan berfungsi sebagai elemen kecantikan yang
mustahak bagi wanita Iban. Antaranya,
Tatu buah engkabang rarah
Tatu kenyalang
Tatu naga
Tatu anjing
Tatu kala
Tatu baling
Tatu tengkorak
Tatu gelang
Tatu perempuan
No comments:
Post a Comment